Monday, January 10, 2011

Masa Yang Sangat Sesuai Untuk Minum Air

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK untuk anda minum air.

Air yang saya maksudkan bukannya air kopi, air teh atau air yang berperisa. Banyak juga list nama air ini rupanya. heh! Tetapi air di sini adalah AIR MASAK!


Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

  • Minum dua (2) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
  • Minum segelas (1) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  • Minum segelas (1) air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  • Minum segelas (1) air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur


Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

info disunting oleh

Rohanita



I changed my font at thecutestblogontheblock.com