Wednesday, June 6, 2012

Just Make A Beautiful SmiLe


✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..


✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..


✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.


✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..


p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥

Friday, May 18, 2012

Wanita selalu sahaja menangis?

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

Antara punca wanita menangis:


  1. Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  2. Mengurangkan stress.
  3. Tanda keinsafan/penyesalan.
  4. Sebagai ugutan emosi.


Renung-renungan...

ketika wanita menangis,
bukan kerana dia ingin terlihat lemah,

melainkan kerana dia tak sanggup berpura-pura kuat.
ketika wanita menangis,
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,
melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya.
ketika wanita menangis,
bukan bererti dia mengharapkan belas kasihan,
melainkan kerana dia sedang megasihani diri sendiri.
Hargailah titisan air mata seorang wanita ....

:')


"SEKIRANYA kita rasa kesakitan sewaktu BERCINTA, maka Allah ingin menguji percintaan kita. Dan kita akan tertanya-tanya adakah itu jodoh kita..



JAWAPANNYA adalah keyakinan kita. KEBAHAGIAAN akan wujud jika kita menyayangi dan mencintai Allah."

via -  www.pakarcinta.com



Tuesday, February 7, 2012

::DINNER::

besok der dinner kat pulai spring...
adusss... cam malas la nak pegi...
bile nk diingatkan balik.. diorang ni snggup berhabis duit semata-mata hanya dinner utk beberapa jam jek..
menyewa baju.. beli baju grand2.. pastu solek makeup peh.. x yah ckp la..siap solek kat kedai lagi..ish2..

penah skali tu.. diorang punye melaram melaram..
orang atas rilex2 je pegi.. x de pon melaram sgt... siap pakai t-shirt jek..
x de pon kecoh2 nak makeover sane sini..
mybe habbit diorang kot wat camtu utk diberi perhatian??

::Studiez::

Pejam celik... pejam celik.. 
dah 5 tahun ika blaja kat UTM sudaa... best pon ade.. bosan pon ade...
insyallah ni sem second last la kononnye..
yg ngah pening nie praktikum.. x tau la lect sape nak guide kami.. 
kene wat 1 kursus tok pekerja..
alahai... rajinnye...
lagi2 part nak kene wat ceramah kat depan..
bila dh berdepan ngn org ramai.. tetibe jek dunia jadik gelap..hahaha
time camtu..rase nak sembunyik bawah meje je...

Sunday, January 22, 2012

:: Rahsia Peralihan Waktu Solat ::


Assalamualaikum wbrt....

Entri kali ini sedikit perkongsian berkaitan dengan rahsia disebalik waktu solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita sehari semalam. Mungkin ada yang pernah terbaca dan mungkin ada yang tidak pernah terbaca, walau apa pun sama-samalah kita mengambil manfaat daripada ilmu dan pengetahuan yang telah dan bakal kita tahu ni..insyaAllah....
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya berkaitan dengan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

• Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.

• Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

• Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

• Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

• Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Demikianlah secara ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam. Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan. Allahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & kerdil. Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat daripada ibadah solat yg diwajibkan.
Wallahua’lam.


credit to : 

Monday, December 5, 2011

HUJAN oh HUJAN


hujan oh hujan..
ni bukan lagu hujan panggil katak eh..haha
syook je dengar lagu ni.. cam tenang je.. 
bukan jiwang eh dengar lagu nie..
cume lagu skang2 ni rancak2 je..serabot lak dengar
 nk gak dengar lagu slow cam ginieh
sejak2 nie asyik teringat lagu nie je..
bukan sebab sedey ke emo ke eh..no no noo
sejak2 niekan musim tengkujuh.. ujan je memanjang..
mau x terkenangkan lagu ni.. best jee
dengar lagu ni time bwk keter pastu hujan dek kene ngan aircond yg sejuk smpai menusuk ke tulang
wahh... layan lentok je dalam keter.. haha


I changed my font at thecutestblogontheblock.com